Wednesday, 27 October 2010

CINNAMON HOTDOG SPICY BUN



Hari ni (9.11.2010) cuba resepi ni. Nak bawa bekal semasa meredah malam sempena latern festival kat sekolah Mmad. Akhamdulillah jadi (cuma rupa dia tak le secantik kat gambar atas) tapi tak sempat nak ambil gambar kerana kelam kabut nak bawa ke latern festival tu jam 5.30 malam. Mula masak pun dah jam 3.15 petang. Jadi terpaksalah pinjam gambar yang empunya resepi ie kat sini. Resepi pun copy paste dari sini. Terima kasih Puan Normah. Abang komen rasa roti ni sedikit manis....Emm tgk le apa lak nak dipinda nanti.....Jika sukar nak pinda pakai je resepi doh yang ini kerana selalu dah buat.

Bahan-bahan ( 12 biji )

Bahan Doh:
500gm tepung high protein
95gm gula kaster
1 tsp garam halus
14gm yis segera
50gm majerin/mentega
45gm shortening/minyak sayur (saya pakai marjerin je)
2 tsp susu pekat manis
1 biji telur gred A
210gm air

Bahan Isian/Hiasan:
Hot Dog sosej
Serbuk kayu manis
Serbuk kari
Mayonnaise
Daun Bawang di potong
Susu sejat utk sapuan

Cara-caranya :
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk pengisar kecuali air. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata.
2.Tukar kepada speed sederhana dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
3.Keluarkan doh dan uli dengan tangan, bentukkan bulat dan tutup dengan mangkuk besar atau plastik. Rehatkan selama 20 minit.
4.Leperkan doh dan uli semula. Bulatkan kembali dan rehat lagi selama 15 minit.
5.Ambil doh dan timbang seberat 60gm atau saiz yang di kehendaki. Bulat2kan semula. Rehat selama 5 minit.
6.Leperkan doh dan canai untuk membuang angin. Kemudian barulah di bentuk mengikut bentuk yang di kehendaki.
7.Ambil satu doh dan gelek memanjang, letakkan hot dog di tengahnya. Tekan hot dog dengan jari di tengah dan potong menggunakan pisau plastik di kiri kanan sebanyak 5 potongan.
8.Lipat silang pangkah kiri dan kanan mula dari atas sehingga habis. Tekan sedikit hujungnya supaya melekat.
9.Buat sehingga habis
10.Rehatkan doh sehingga mengembang 2 x ganda, sapu dengan susu sejat, tabur sedikit dengan serbuk rempah kari dan serbuk kayu manis di atasnya. Pipekan mayonnaise dan tabur dengan daun bawang
11.Leserkan loyang dengan shortening dan bakar di rak tengah pada suhu 180C selama 15 minit atau sehingga keperangan.


No comments:

Post a Comment