Thursday, 28 October 2010

PUTERI AYU...

Ini le hasilnya...Acuan muffin je yang saya pakai.....Yg tengah tu bapa dia (lain sikit)....


Cerita pasal kuih Puteri Ayu ni terasa bersalah lak. Sebenarnya dah lama dah abg minta buatkan kuih ni. Lepas2 satu2 masalah...Mula2 tak tahu nak gantikan ovallete ngan apa? Ovallete sejenis emulgator yg tak tahu nak cari kat German ni & satu lagi risau pun nak cari kerana tak tahu samada halal atau tak. Pastu jumpa satu resepi yang tak pakai ovallete. Cari tepung naik sendiri pula tak jumpa.....Skrg semua dah ada. Resepi ada, tepung pun ada.......Cuma MALAS PUN ADA......Janji dah ngan diri sendiri, dalam minggu ni mesti buat juga....Pakai acuan sempoi pun tak apa...Yang penting ada rasa.....Jom pergi buat....

Amik resepi dari
sini iatu Blog Ummu Husna (isteri Ustaz Zaharuddin)


BAHAN2NYA :

200 gm gula Melaka
50 gm gula putih
2 sudu besar susu pekat manis
300 gm tepung naik sendiri
140 ml susu segar
3 biji telur

CARA2NYA :


-Putar telur, gula Melaka, gula putih & susu pekat manis sehingga kembang.
-Masukkan tepung dan susu segar secara bergilir & putar adunan lagi sehingga sebati.
-Sementara itu sediakan secawan kepala kering + sedikit air + garam & tepung ubi.
Kebiasaannya saya masakkan sebentar campuran kelapa tadi di atas kuali non stick
utk melembabkan kelapa tersebut (coz sy tiada microwave).
-Seterusnya sediakan acuan. Sapu sedikit minyak di acuan.
-Masukkan campuran kelapa tadi & tekan sedikit utk memadatkannya di dasar acuan.
-Tuang bancuhan adunan tadi & kukuslah selama 5 minit. (Saya suka lamakan sedikit
ke 15 minit sebab acuan saya besar)


Sedia utk dihidangkan....Jom Makan...yummy..


Salam,

...29102010

No comments:

Post a Comment