Sunday, 3 October 2010

SAUSAGE BUN

Resepi dari sini. Ini lagi satu resepi yang akan dibuat. Bermakna belum lagi diuji. Tapi dah terbukti yang insyaallah resepi ni bagus & menjadi...Resepi asal dr sini.

Bahan2nya :

-300 gram tepung gandum
-5 gram yis kering

-10 gram gula

-1 sdk garam

-30 gram mentega

-220-230 gram - 1 biji telur dicampurkan dgn susu

-1 biji telur dicampurkan dengan 2 sudu air utk disapu pada roti

Cara2nya:

Uli doh (jika menguli secara manual bo rujuk cara2 menguli roti rujuk di sini ) atau masukkan ke dalam breadmaker sehingga selesai. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil. Leperkan doh bentuk memanjang utk cukup melilit sausage. Sapukan campuran telur dan air & taburkan biji bijan. Masukkan dalam ketuhar 375 darjah F selama 8 minit & rendahkan suhu kepada 350 darjah F selama 5 minit atau sehingga bun berwarna keperangan....Siap...



Gambar sekadar hiasan & diambil dari sini. TQ


Ditambah pd 27 Oktober 2010

Semasa menaip ni (27 Oktober) dah 5 kali dah buat sausage bun ni. Tetapi selalu diubah perasa & bentuk. Adakala bubuh sambal ikan bilis, inti karipap dan kelapa. Biasanya akan buat macam ni kalau buat 2 bancuhan....Layan juga selera sendiri dan abang selain selera anak2. Kalau buat banyak boleh juga dibuat bekal utk ke sekolah. Biasa le kat German ni, hari2 mesti bawa bekal, kalau tak jawabnya kelaparan le budak2 ni. Bukan ada nasi lemak & karipap yg boleh dibeli kat kantin. Kat bawah ni le antara hasilnya...



Ini inti karipap....Sedap juga

Ini baru keluar dari oven....Macam2 bentuk... (Yang bulat tu inti kelapa)

Gemuk & gebu je....


Hasmah Haris 03102010

No comments:

Post a Comment