Sejak mula buat mee kuning sendiri ni, abang selalu minta buat mee kuah. Mee yang kami buat ni tak le bagus sangat coz kalau digoreng tak berapa kenyal tekstur dia. Tapi kalau buat mee kuah rasanya memang OK. Jadi kami lebih suka buat mee hailam, mee kuah & mee sup. Baru rasa puas sikit makan nyer..Dalam bulan puasa yang lepas 2 kali kami buat mee udang ni. Semasa raya ke 2 juga kami buat ni..Cik Ni kat kampung pun cerita yang dia juga buat mee kuah & laris...So hari ni amik kesempatan nak tulis resepi yang digunakan...Moga2 Cik Ni boleh komen & menambahkan kualiti mee kuah kami walaupun sudah semestinya tak setanding ngan Mee Rebus Ramli kat Tasik, Ipoh yang famous tu...Apa2 air tangan sendiri mmg memberi kepuasan...
Istimewanya resepi camni ia tak rasa mual kerana tak da santan. Jadi ada alasan utk makan banyak...Oooh tak boleh nanti gemuk lak...Kat sini saya letakkan 2 resepi yang saya telah buat. Tetapi saya lebih suka ringkas2kan lagi resepi2 ni coz pertama utk menyenangkan diri sendiri & ke-2nya utk mengelakkan menggunakan byk sumber protein dalam satu kuah. Kedua2 resepi tu saya ambil dari sini..TQ.
1.
1.
Bahan2:
1 kg mee kuning - direbus
* Untuk kuah
-15 - 20 tangkai cabai kering - digoreng terlebih dahulu (saya guna cili serbuk 3 sudu je)
-5 ketul ubi kentang @ ubi keledik( agak2 sama dengan saiz ubi kentang tu la) rebus dahulu
-asam jawa sebesar ibu jari - goreng dulu juga
-500g udang kecil- direbus
-500g udang besar- direbus
-4 ulas bwg putih - diketuk
-daun sup
-kacang tanah- digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
-5 liter air, garam dan gula secukupnya
-2 biji tomato - potong dadu
*Bahan tabur :-
-4 biji telur potong bulat2
-daging direbus dan dipotong nipis2 (yang ni saya tak bubuh)
-cucur udang - potong nipis
-cili - dipotong nipis2
-bawang goreng dan limau nipis
-daun sup dan daun bawang
-taugeh direbus
-tauhu digoreng dan dipotong dadu
Cara2nya:
1.Cara buat kuah :- kisar cili kering, ubi dan udang kecil
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bahan yang dikisar. masukkan air. kemudian perahkan air asam jawa dan masukkan kedalam kuah. Kemudian masukkan pula udang besar.
3.Bila dah mendidih masukan masukkan gula , garam, serbuk kacang, daun sup dan tomato. Kacang tu ikut la jgn terlalu banyak takut pekat sangat kuahnya.
4.Biarkan ia mendidih sekejap barulah tutup api, bolehlah dihidang bersama2 bahan untuk tabur tadi.
5.Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
2.

Bahan2 :
-50 gm udang kering (dikisar)- boleh juga tambah udang hidup jugak dalam kuah tu
-100 gm daging (dipotong halus) **
-30 gm rempah kari
-80 gm cili kering (dikisar)
-40 gm lada putih
-3 biji bawang besar (dikisar)
-200 gm ubi keledek (dipotong halus, rebus dan kisar)
-1 liter air/lebih
-minyak
-garam dan gula secukup rasa
Bahan Hidangan:-
-Mee kuning - dicelur dan dituskan
-telur rebus
-tauhu digoreng dan potong halus (saya tak guna coz tak berani nak beli kat sini)
-bawang goreng
-daun sup
-cili merah/hijau - hiris
-keropok udang (juga tak guna coz tak da)
Cara2nya:
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing (api perlahan).
2.Masukkan air, kacau hingga mendidih dan masukkan gula, garam, lada putih dan daging**.
3.Masukkan ubi, kacau atas api kecil hingga pekat sedikit.
4.Tutup api.
5.Tuangkan ke atas mee dan hias/tabur dengan daun sup, bawang goreng, cili dan telur rebus.
** Daging direbus dahulu dengan sedikit air hingga empuk.Masukkan ke dalam kuah dengan air rebusan daging sekali.(Langkah ni juga saya tak buat)

Ni dia kuah dia, saya kurangkan cili utk memudahkan anak2 makan
Ini bahan2 hidangan yang saya gunakan...Sawi, taugeh, udang, telur rebus (tak da dlm gambar) etc..
Mee kuning ....
Mee kuning ....
Salam,
Hasmah Haris
No comments:
Post a Comment