Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Saturday, 9 October 2010

Sarbat Moyang .......

Salam,

Waktu bulan puasa baru2 ni, Adib post gambar sarbat ni dalam FB....Terkenang pula masa kecil dulu...Pah dekat (mak saudara apak) yang tinggal sebelah rumah akan buat air sarbat ni tiap kali hari raya...Ini kira special drink kat rumah dia....Kami budak2 suka beraya kat rumah dia sambil layan dia sembang2...Melayan Pah yang memang hanya ada kami anak2 saudara dia kerana Pah mmg tinggal sendirian...Kini Kak Cik (Mak Adib) & Cik Ni, 2 org kakakku yang suka buat air sarbat....

Apa sebenarnya air sarbat....Air sarbat ni sebenarnya lebih kurang cendol tapi tidak dimakan dengan air gula melaka & santan tetapi dimakan/minum bersama air sirap...Oleh kerana diminum bersama air sirap maka warna utk sarbat tu samada putih ataupun boleh le dibubuh pewarna merah...

Bahan2nya :

Tepung jagung : 1 cawan
Air : 5 cawan

Cara2nya :

Bancuh air & tepung jagung bersama. Sebatikan dulu larutan tersebut. Masak atas api/dapur dengan kepanasan yang rendah. Pastikan bancuhan dikacau secara berterusan utk mengelakkan hangit. Apabila bancuhan telah kental & berkilat bolehlah diangkat & diterap menggunakan acuan seperti membuat cendol.

Bancuh air sirap & masukkan sarbat yang telah siap tadi. Sedia utk diminum. Boleh dicampur dengan air batu utk kesegaran yang lebih.

Adib bersama air sarbatnya...Siapa yang suka sirap pasti menggemarinya...


Pandangan dekat sikit....Air sarbat Kak Cik (Kakak ke 2 saya)...

Salam,

Hasmah Haris....09102010...R

Friday, 8 October 2010

Buat Cendol Sendiri....

Dalam bulan puasa baru2 ni...Cik Hubby tiba2 teringin nak makan cendol....Apalagi terus le mencari resepi kat Pak Cik Google...Alhamdullillah le ada Pak Cik yang satu ni...Mudah le sikit usaha tanpa perlu menyusahkan sesiapa...Taip & Cari...Satu konsep yang mudah...Maka dapat le satu resepi yang dah lupa pun dari mana puncanya...Kepada yang tuan punya resepi ni terimakasih le banyak2...Moga Allah le yang membalas perkongsian resepi ini yer...

Ini sebenarnya percubaan ke2 kami. Percubaan pertama pada hari pertama puasa & tak menjadi...MENTAH & melarut dalam air je cendolnya...Tp alhamdullillah percubaan ke2 menjadi...Sesedap rasa & mampu menghilangkan rindu kepada CENDOL KUALE......Cendol kat Lembah....Makan lak ngan 'Lakse Kuale'...Terlior teman...

Berbagai acuan dicuba...Mula2 pakai senduk berlubang....Susah juga sebab kecik je tempat nak tekan...Lepas tu Cik Hubby pun mula menebuk tin susu....Boleh le...Itu le acuan kami..Walaupun agak susah kerana tiada penekan yang sesuai...Gunakan tumbler Firas (yang ditinggalkan kat rumah ni) utk tekan bancuhan cendol tu di dalam tin susu...Apa2 yang ade je lah...

Bahan2nya :

- 2 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu kecil kapur makan dibancuh dengan sedikit air
- 6 cawan air
- Pewarna hijau/daun pandan
- Perasa pandan


Kuah

- 2 cawan santan pekat dimasak dengan garam
- Gula melaka yang dimasak

Cara-cara Membuat Cendol :


- Bancuh tepung beras, tepung gandum & tepung jagung dengan air kapur dan air
biasa.
- Masuk warna hijau & perasa pandan. Tapis terlebih dahulu.
- Masak dalam kuali besar, kacau sampai berkilat dan tak lekat pada kuali.
- Angkat dan terap dalam bekas berisi air sejuk....Siap...Sediakan kuah &
campurkan....
- Selamat menikmati cendol buatan sendiri...

Ni gambar semasa sedang mengacau atas dapur...Liat gak..




Ni semasa baru siap ditekan dari acuan...Banyak juga cendol yang kami dapat..2 besen le juga




Ni dah sedia utk di nyum nyum..Tunggu nak tuang air gula je...



Cendol 1 ...siapppppp......

Sedang menikmati cendol semasa berbuka puasa...




Salam,
Hasmah Haris......09102010...R