Saya ambil resepi ni kat sini...Copy & paste je. Terima kasih Hana. Perlu minta kebenaran utk gambar, so saya tak copy le gambar. Kalo nak tgk gambarnyer yg menawan gi kat sini.
Bahan-bahan :
-150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
-180g tpg gandum- penulis campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
-180g gula halus - penulis kurangkan 150g je
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu besar susu segar- yg nih penulis tambah
1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara:
-Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
-Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak ikut suka.
-Bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
Sebuah blog untuk menyimpan resepi2 yang telah dicuba & juga mengumpul resepi2 lain yang menarik minat untuk dijadikan rujukan pada masa2 akan datang....Semoga memberi manafaat...
Showing posts with label Kek dan Muffin. Show all posts
Showing posts with label Kek dan Muffin. Show all posts
Sunday, 14 November 2010
Wednesday, 10 November 2010
APPLE MUFFIN
KHUTUBKHANAH (Resepi yang belum lagi dicuba)
RESEPI MUFFIN EPAL
Ini lagi satu koleksi resepi dalam khutubkhanah resepi saya. Bila masa yang sesuai & punya cukup bahan, kerajinan dan masa saya akan buat. Ini usaha saya utk memudahkan diri sendiri. Apabila jumpa resepi yang menarik minat saya akan copy dulu. Pastu bila dah buat baru upload gambar kemudian. Resepi ini lebih menarik minat saya kerana stok epal kat rumah yg susah nak habis2....Ini kerana epalnya sedikit masam...Setiap kali saya hidangkan utk anakanda mesti tak habis....Jadi kena buat value added ler nampaknyer utk epal ni.
Resepi ni sebenarnya saya ambil dari sini. Kalo nak tgk gambar gi je kat situ. Terimakasih kpd pemilik resepi.
Ingredients :
-220 g self-raising flour (used plain flour+2tsp baking powder+11/2 tsp cinnamon powder)
-1/2 - 3/4 cup vegetable oil ( 1/2 cawan butter cair..)
-3/4 cup buttermilk or regular milk (guna susu segar+1biji jus lemon+zest)
-1/2-3/4 cup caster sugar
-1 egg, lightly beaten
-1 teaspoon vanilla extract
-150 g added flavours (frozen raspberries, dark/milk/white choc bits, grated apple, mashed banana) (guna epal hijau parut 2 biji+1 biji epal potong kiub kecil)
Method :
1. Preheat oven to 180°C.
2. Grease muffin tins or use liners.
3. Mix all dry ingredients together and make a well.
4. Mix all wet ingredients together and pour into the well.
5. Add flavourings and mix well until just combined.
6. Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned. (mine took about 25 minutes)

Thursday, 21 October 2010
Kek Pisang English Style...

Esok teringin nak makan kek & pancake..Sejak sejuk2 ni macam2 teringin..Perut asyik lapar je musim sejuk2 ni....Kalau dulu, lepas breakfast tu tak menjadi kewajipan utk masak sesuatu sementara nak tunggu lunch. Beri je biskut dah cukup. Tapi skrg time2 camni kena le prepare yg heavy sikit macam nugget, kentang goreng, cucur ke atau apa2 yang lebih mengeyangkan. Kesian budak2 lapar. Tapi minum petang dah ditamatkan perkhidmatan coz makan nasi utk dinner jam 5.45 krn maghrib masuk awal (maghrib 6.20 ptg). Jadi semasa dinner bancuh je teh panas dah cukup tak yah lagi nak fikir nak minum ngan ape..Jimat masa & jimat tenaga...
Resepi & gambar ni copy dari sini....Terima kasih le Puan Normah...
Bahan2nya :
-180 gm tepung
-2 biji pisang ukuran besar (kalu kecil buat 3 biji)
-70 gm butter
-3 sudu gula putih
-2 sudu light brown sugar
-2 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil esen wanila
-1 biji telur
Utk hiasan:
-pisang di potong seperti dlm gambar
-serbuk kayu manis
-gula pasir
Cara2nya :
1.Pukul butter dan gula sehingga kembang ,
2.masukkan gula merah pukul lagi,
3.kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg.
4.akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat .
5.Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar,
6.susun kan pisang seperti gambar di dalam gambar dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit.
7.Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.
Ditambah pada 28 Oktober 2010:
Kelmarin baru ada kesempatan nak buat kek ni walaupun dah merancang lama. OK mudah nak buat & sedap rasanya....Abang & anak2 pun suka....Ini antara resepi yang akan diulang buat lagi.....Simple, kurang manis & sedap....Inilah hasilnya.....
Friday, 8 October 2010
Kek Oren
Salam...Esok 09102010 (Sabtu), cadang nak buat kek oren. Saja teringin nak makan. Jadi hari ni mula mencari resepi kek oren yang sesuai utk dicuba. Haa..ni dia dah jumpa....Hari ni cari bahan2 ...Insyaallah esok boleh le makan.....Moga menjadi...
Resepi asal dari sini. Disalin kembali utk mudah rujuk..TQ
Bahan-bahan :
-1 1/2 cwn butter
-1 1/2 cwn gula castor
-5 biji telur gred A
-1 1/2 cawan tepung naik sendiri
-1 cawan tepung kastad
-1/2 cawan tepung gandum
-1 1/2 sdk esen vanila
1/2 sdk soda bikarbonat
1/2 cawan jus oren sunkist (1 bj)
1 1/2 sb kulit limau sunkist yg diparut
1 sdk baking powder
2 sb susu pekat
Cara-caranya :
1.Pukul gula dan butter sampai kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
2.Masukkan pula esen vanila, susu pekat, jus oren dan kulit limau parut. Kacau sebati.
3.Akhir sekali masukkan semua jenis tepung yg telah diayak dgn soda dan baking powder.
4.Tuang ke dalam loyang dan bakar suhu 185'c selama 50 minit atau sehingga masak. Gunalah lidi untuk menguji dah masak ke belum.
Salam,
Subscribe to:
Posts (Atom)