Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Wednesday, 10 November 2010

Snow Balls

Gambar pun ambil dari sini. TQ..tuan rumah

Kelmarin dok bincang ngan abang. Bila nak raya?, Nak masak apa? Abang ada kelas ke hari raya?...Raya insyaallah 16 November (Selasa)....Yang tak bestnyer abang ada kelas dari pagi sampai ke petang. Apa nak buat, ni la kalo duduk kat tempat org. Tapi tak pa, kami masih ramai kat rumah...5 orang. Insyaallah Azmi & keluarga, Ismail & keluarga & dengan harapan Najib & Emy juga akan datang beraya kat rumah kami. Biarlah abang raya kat kelas dia...Hehehe....Kami akan beraya beramai2. Wbpun abang akan ponteng 2 kelas kut....Satu kelas pagi utk sembahyang raya dan 1 lagi kelas petang utk beraya beramai2. Mana boleh tak raya. Sekali-sekala dua kali dua kala bolehlah memonteng....Lebih2...Tak boleh.

Bila sembang pasai raya ni...Teringin lak nak buat kuih raya. Melayan anak2 sambil ibu & ayang boleh tumpang 2 kaki.....Alasan mesti ada....Sewaktu meronda blog jumpa resepi ni....Nampak menarik, senang dan dah dekat2 nak winter ni baik saya siap2 buat snow balls. Saya ambil resepi dari
sini. Blog Bukan Sekadar Masakan, Jintan Manis. Saya copy & paste sj utk rujukan. Ini dia resepinya...


Bahan-bahan ( lebih kurang 40 biji )


140g tepung gandum
60g almond powder
100g mentega tanpa garam- pada suhu bilik
2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
sugar powder secukupnya

Cara2nya:

1. Masukkan mentega dalam mangkuk, pukul sehingga lembut.
2. Tambah gula dan garam, pukul lagi sampai keputihan.
3. Ayak tepung dan almond powder, masukkan ke dalam mangkuk mentega tadi. Gaul sebati.
4. Ambik secubit, bulatkan sebesar ibu jari. Atur atas plastik wrap, bungkus dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit
5. Panaskan oven sehingga 170C, atur bebola tadi di atas dulang beralas, bakar selama 20-23 minit. Sejukkan.
6. Masukkan bebola tadi dalam beg plastik bersama sugar powder. Kembungkan dan tutup mulut beg. Kocak supaya gula bersalut pada cookies.

Thursday, 21 October 2010

COCONUT ALMOND COOKIES



Semasa aktiviti mengeledah dapur rumah kawan2 blog malam ni, terjumpa pula resepi ni kat dapur Pn. Normah. Sejak menjadi pengikut setia blog Pn Normah ni selalu le copy resepi dia. Terimakasih daun keladi, ada masa saya copy lagi.....


Bahan2nya :

Bahan A
-250gm mentega
-40gm shortening
-120gm gula aising
-1/4 st esen vanila

Bahan B
-320gm tepung gandum
-40gm tepung jagung
-40gm tepung kentang
-20gm tepung kastat

Bahan C
-60gm serbuk badam
-40gm kelapa kering


Cara2nya :
-Pukul bahan A hingga berkrim
-Masukkan bahan B dan C
-Uli hingga menjadi doh
-Rehatkan selama 1/2 jam kemudian barulah dicanai/terap dengan acuan kesukaan
-Sapu kuning telur, taburkan almond nibs.
-Bakar 150'C selama 20-25 minit.

...21102010