Baru2 ni Wan jemput kami sekeluarga menghadiri sambutan Hari Lahir ke 8 tahun Firas. Cadang nak buat kek pisang tapi pisang dah habis. Tiba2 je datang idea nak buat agar2 kacang merah. Apalagi terus cari resepi kat Pak Cik google....Tak copy pun sekadar baca2 utk dapat idea & wujud le resepi seperti di bawah.
Bahan2nya :
-1 bungkus serbuk agar (25 gram)
-2 cawan kacang merah yang telah direbus empuk
-250 ml santan kotak & bancuhkan dengan 250 ml air ( jumlah semua 500 ml santan cair)
-Gula putih secukup rasa
-Gula merah 1 cawan (dimasak bersama 250 ml air)
Cara2nya:
-Bahagikan agar2 kepada dua bahagian (12.5 gram).
-1 cawan kacang merah dibelah dua sementara 1 cawan kacang merah baki dikisar.
Bahagian A:
-Masak satu bahagian agar bersama 1000 ml ( 1 litre) air. Apabila telah larut tambahkan 250 ml santan cair & 1 cawan kacang merah yang dibelah dua. Tambahkan gula merah (dimasak terlebih dahulu bersama 250 ml air). Perasa manis & jika belum cukup tambah dengan gula pasir.
Bahagian B:
-Masak satu lagi bahagian agar bersama 1000 ml (1 litre) air. Apabila telah larut tambahkan gula putih, 250 ml santan cair & kacang merah yang telah dikisar bersama 250 ml air. Masak sehingga mendidih.
Seterusnya tuang bahagian A ke dalam acuan. Tunggu sehingga sedikit keras. Goreskan permukaan agar2 A. Tuangkan pula bahagian B. Tunggu sehingga keras & bolehlah dipotong utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment