Salam...
Ni resepi yang teringin nak buat. Tp belum lagi berkesempatan mencubanya...Resepi ni diambil dari blog Norma's Kitchen. Kat sini saya copy-paste utk mudah rujuk...TQ kpd yg terlibat...
Donat Gebu :
Bahan A :
1/2 kg tepung
3/4 paket yis Mauripan (bersamaan 8 gram - tanya kat Pak Cik Google)
1/2 camca teh gula
1/4 sudu teh garam
350ml air masak suam
Yis dicampurkan dgn air suam. Biarkan sebentar(bagi yis naik berbuih2 sikit). Tepung dan garam di satukan. Setelah yis naik tuang ke dalam tepung dan uli menjadi doh sebentar. (Tepung ni agak melekit tapi jgn tambah tepung lain). Rehatkan doh 90 min. Tutup dgn plastik.
Bahan B :
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 camca teh garam
2 sudu besar susu tepung
4 sudu gula castor
1 biji telur
2 sudu shortening (atau majerin)
Cara-caranya :
Semua bahan B disatukan menjadi doh. Tumbuk A utk mengeluarkan udara. Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula. Jika masih lembik boleh tambahkan sikit tepung.Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara yang terperangkap. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Rehatkan lagi 10minit. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan. Boleh di tabur dgn gula @ apa2 sahaja mengikut kesesuaian.Sedia untuk di hidang.
Gambar sekadar hiasan dan diambil dari sini
No comments:
Post a Comment