Wednesday, 20 October 2010

Masak taucu (Taucu Lubis)

Gambar menunjukkan pek taucu..


Taucu ikan. Kat sini senang nak dapat fillet ikan. Jadi saya salut tepung goreng fillet ikan & masak taucu.


Sejak dari kecil lagi, mak memang selalu masakkan kami masak taucu ikan. Kami adik-beradik pun memang suka makan. Tapi sekarang baru tau, pasai apa mak suka masak...Pertama dah semesti le kerana anak suka makan tapi yang keduanya kerana senang.....Masak taucu ni memang senang..

Bahan2nya :
Ikan (apa2 ikan tapi antara yang sedap ikan bawal, ikan kembung ) - 1 Kg
Bawang besar 2 biji - dipotong empat
Bawang merah 3 ulas - dihiris
Bawang putih 2 ulas - dihiris
Halia 1 cm - dihiris
Asam gelugur - 2 keping
1 sudu besar kicap manis
Timun dihiris memanjang
Cili hijau dipotong
2 bungkus taucu saiz kecil (ataupun 5 sudu besar taucu)

Cara2nya :
Ikan digaul dengan kunyit dan digoreng garing. Sementara menggoreng ikan, tumis bahan2 yang dihiris (bawang merah, bawang putih & halia). Apila telah kuning dan berbau wangi masukkan taucu. Masukkan bawang besar, kicap, air & asam gelugur (keping). Seterusnya masukkan ikan yang telah digoreng diikuti dengan timun & cili hijau potong.. Biarkan masak sebentar & sedia utk dihidangkan. Jika ingin pedas bolehlah masukkan bersama cili padi potong.



Salam,

...20102010

No comments:

Post a Comment