Wednesday, 20 October 2010

Apam Balik...

Baru2 ni tiba2 je teringin nak makan apam balik....Sebabnya semasa sembang2 ngan abang entah camna terkeluar cerita apam balik. Mulalah mencari resepi. Sebelum ronda jauh2, jenguk kat blog Neny cari resepi apam balik...Tgk gambar apam balik kat blog Neny cantik je. So cut & paste je resepi yang dah diuji di dapur Neny. Apalagi, esoknya keluar REWE cari bahan2. Lusanya, jadilah apam balik. Mungkin kerana tak cukup eram kut, tak berapa naik lak tapi tetap rasa apam balik. Tak pa...ni baru percubaan pertama...'Ada batas ada keladi....Lain kali boleh cuba lagi.....'. Ni le dianya resepi dan hasilnya....


Bahan-bahan ( 4-5 orang )


2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara2nya:

-Mesin gula bersama telur hingga kembang,
-Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
-Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
-Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
-Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
-Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong.

Siap je ...Dah ada tangan yang menunggu.....Cam tu le anak ramai...
Seronok memasak..


Salam,

...20102010

No comments:

Post a Comment