Dulu semasa tinggal di Pulau Pinang (sekitar awal tahun 2000) selalu juga cuba buat kuih lopes sagu ni...Abang pun suka...Tapi abang selalu complain warna2 putih yang masih nampak ie sagu yang tak begitu masak...Kalau buat ratio 1 : 3 (sagu : air ) mmg cantik sagu tu keras berbentuk tapi masih nampak putih2 sagu yg tak berapa masak. Masalahnya kalau tambah air, lopes jadi lembik walaupun masak sepenuhnya....Lastnya malas dah nak masak....Semasa di Germany ni sebab ada masa terluang jadi mulalah menggodek maklumat kat internet...Jumpa la resepi ni, ie selepas masak dikukus...Ooooo baru tahu rahsianya....Cantik je lopes & mudah dipotong....Senang hati nak makan...Bukan apa bila ada putih2 tu nak bagi anak makan pun rasa risau takut sakit perut....
Ni gambar baru keluar dari periuk kukus...Buat warna kuning kerana itu je pewarna yang ada..Gambar dekat sikit.. Siap utk dimakan dah...Kuning berseri je..
Hasmah Haris....R
No comments:
Post a Comment