Mee kuning selepas direbus & digaulkan bersama sedikit minyak (utk mengelakkan ia melekat satu sama lain...
Biasanya kalau petang nak makan apa2 menu berasaskan mee, kami akan buat mee pada waktu pagi...Jika tak kelamkabut sikit...Buat mee ni ambil masa juga....Lepas tu mmg kepakaran abang diperlukan....Dah le dohnya keras sikit (penat nak menenyeh) dan memesin mee memang abang yang akan bantu.....Biasanya saya membancuh doh dan akan merebus mee yang dah dimesin...Mmg jika buat berdua mudah sedikit...."Apa yang penting bekerjasameeeeee..."
Bahan2:
-Mee kuning 1/2 Kg
-Daging
-Udang
-Sotong
-Telur
-Sayur sawi
-Karot
-Cauliflower
-Kubis daun
-Halia 2 inci diketuk
-Bawang putih 3 ulas - juga diketuk
-Lada hitam 2 sudu kecil ditumbuk kasar
-Sedikit lada sulah
-4 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
-Minyak utk menumis
-Kicap manis
-Kicap masin
-Sos tiram
-Garam
Cara2nya :
Panaskan minyak & tumis halia & bawang putih. Apabila dah wangi masukkan lada hitam. Masukkan daging & biar empuk dahulu. Kemudian masukkan udang & sotong. Selepas kuah kering (air dari daging etc.), masukkan kicap masin, kicap manis, sos tiram dan tepung jagung. Seterusnya masukkan sayur2an (karot, cauliflower, kubis bunga & batang sawi). Masukkan telur, biar masak seketika dan akhir sekali masukkan daun sayur sawi. Masakkan sekejap, rasa garam & sesuaikan kepekatan (tambahkan air atau tepung jagung). Sedia utk dihidangkan.
Salam,
...22102010

No comments:
Post a Comment