Saturday, 9 October 2010

Lempeng Pisang

Salam....

Waktu kecik2 dulu, menu petang kat rumah selalu juga berkisarkan pisang & jagung...Ini kerana biasanya kedua bahan mentah ni mmg selalu ada kat rumah terutama pisang.....Boleh dikatakan tak pernah yang tak nampak pisang kat rumah...Dari lepat pisang, pengat pisang, pisang goreng, kerepek pisang hinggalah kepada lempeng pisang....Tapi lempeng pisang ni mak jarang sikit masak sebab mungkin makan masa sikit.....Maklum le kena masak sikit, paling banyak pun 2 set sekali jalan atas kuali pipih tu....Tinggal kat rantauan ni, memang suka terkenang masakan kat kampung...

Projek seterusnya...Lempeng pisang....Cari daun pisang dalam freezer kat Kedai Asia, pisang (mudah le ada kat mana2 kedai pun) dan kelapa kering dalam pek (pun senang nak cari).


Bahan2 :

6 biji pisang
4 sudu gula
5 @ 6 sudu tepung gandum
kelapa kering 1 cawan ( dimasak bersama sedikit air & garam )..dimasak ngan air utk melembabkan kelapa ...baru nampak macam kelapa muda parut..
Daun pisang

Cara2nya :

1. Panaskan daun pisang di atas api atau letak sebentar di atas hot plate di dapur. Berhati2 cukup sekadar ia bertukar warna jgn sampai terbakar.
2. Lap daun tersebut dengan kain bersih.
3. Lenyekkan pisang & campur dengan bahan2 lain....Tepung & gula boleh ditambah mengikut kesesuaian..
4. Sementara itu, masakkan kelapa parut bersama air & sedikit garam. Angkat apabila telah mendapat kelapa yang lembab2 & tidak terlalu kering & basah.
5. Ambil campuran pisang yang telah disediakan tadi & sudukan ke atas daun pisang. Ratakan di atas daun pisang & letakkan kelapa di atas adunan pisang tersebut..
6. Lipat dua daun pisang tersebut & goreng tanpa minyak di atas kuali.....Pastikan ada kesan2 hangit pada daun & bau wangi.....Nikmatilah, masak dah tu...

Mula2 letak adunan pisang di atas daun pisang...

Adunan pisang yg telah diletak inti kelapa (kelapa & sedikit garam)

Lipat dua...Jadi adunan di dalam juga akan terlipat...


Dah siap masak....Daun mesti ada hangits sikit...Baru masak & wangi..



Gambar dekat sikit...Waktu ni gambar tak berapa jadi lak...Cahaya terlampau..




Salam,

Hasmah Haris..

No comments:

Post a Comment