Saturday, 9 October 2010

Sarbat Moyang .......

Salam,

Waktu bulan puasa baru2 ni, Adib post gambar sarbat ni dalam FB....Terkenang pula masa kecil dulu...Pah dekat (mak saudara apak) yang tinggal sebelah rumah akan buat air sarbat ni tiap kali hari raya...Ini kira special drink kat rumah dia....Kami budak2 suka beraya kat rumah dia sambil layan dia sembang2...Melayan Pah yang memang hanya ada kami anak2 saudara dia kerana Pah mmg tinggal sendirian...Kini Kak Cik (Mak Adib) & Cik Ni, 2 org kakakku yang suka buat air sarbat....

Apa sebenarnya air sarbat....Air sarbat ni sebenarnya lebih kurang cendol tapi tidak dimakan dengan air gula melaka & santan tetapi dimakan/minum bersama air sirap...Oleh kerana diminum bersama air sirap maka warna utk sarbat tu samada putih ataupun boleh le dibubuh pewarna merah...

Bahan2nya :

Tepung jagung : 1 cawan
Air : 5 cawan

Cara2nya :

Bancuh air & tepung jagung bersama. Sebatikan dulu larutan tersebut. Masak atas api/dapur dengan kepanasan yang rendah. Pastikan bancuhan dikacau secara berterusan utk mengelakkan hangit. Apabila bancuhan telah kental & berkilat bolehlah diangkat & diterap menggunakan acuan seperti membuat cendol.

Bancuh air sirap & masukkan sarbat yang telah siap tadi. Sedia utk diminum. Boleh dicampur dengan air batu utk kesegaran yang lebih.

Adib bersama air sarbatnya...Siapa yang suka sirap pasti menggemarinya...


Pandangan dekat sikit....Air sarbat Kak Cik (Kakak ke 2 saya)...

Salam,

Hasmah Haris....09102010...R

2 comments:

  1. Besar beno serbatnye... guna paku berapa inci nebuk acu nye...

    ReplyDelete
  2. Hahaa..Cepat sikit kenyangnya....Ini belum lagi diuji didapur empunya blog...Gambar diambil dgn kebenaran je..

    ReplyDelete