Esok teringin nak makan kek & pancake..Sejak sejuk2 ni macam2 teringin..Perut asyik lapar je musim sejuk2 ni....Kalau dulu, lepas breakfast tu tak menjadi kewajipan utk masak sesuatu sementara nak tunggu lunch. Beri je biskut dah cukup. Tapi skrg time2 camni kena le prepare yg heavy sikit macam nugget, kentang goreng, cucur ke atau apa2 yang lebih mengeyangkan. Kesian budak2 lapar. Tapi minum petang dah ditamatkan perkhidmatan coz makan nasi utk dinner jam 5.45 krn maghrib masuk awal (maghrib 6.20 ptg). Jadi semasa dinner bancuh je teh panas dah cukup tak yah lagi nak fikir nak minum ngan ape..Jimat masa & jimat tenaga...
Resepi & gambar ni copy dari sini....Terima kasih le Puan Normah...
Bahan2nya :
-180 gm tepung
-2 biji pisang ukuran besar (kalu kecil buat 3 biji)
-70 gm butter
-3 sudu gula putih
-2 sudu light brown sugar
-2 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil esen wanila
-1 biji telur
Utk hiasan:
-pisang di potong seperti dlm gambar
-serbuk kayu manis
-gula pasir
Cara2nya :
1.Pukul butter dan gula sehingga kembang ,
2.masukkan gula merah pukul lagi,
3.kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg.
4.akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat .
5.Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar,
6.susun kan pisang seperti gambar di dalam gambar dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit.
7.Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.
Ditambah pada 28 Oktober 2010:
Kelmarin baru ada kesempatan nak buat kek ni walaupun dah merancang lama. OK mudah nak buat & sedap rasanya....Abang & anak2 pun suka....Ini antara resepi yang akan diulang buat lagi.....Simple, kurang manis & sedap....Inilah hasilnya.....
No comments:
Post a Comment