Sebenarnya dah 2 kali buat sup ekor lembu dalam 2 minggu kebelakangan ni. Ada lagi satu pek dlm freezer. Rasa tak berminat nak buat sup lagi. Asyik2 buat sup je. Biar je dulu. Bila terbaca je Bone Steak kat blog Norma's Kitchen terus rasa nak meniru.
Resepi (cut & paste je) dari blog Norma's Kitchen. Terimakasih Pn Norma..... Ni dia resepi dia.....Emmm memang sedap. Anakanda yang baru balik dari sekolah pun bising...'Sedapnyer bau...' Apa tak sedapnya snow besar2 je turun ....Sejuk2 ni apa2 pun sedap....Tu yang senang kerja ibu memasak....Licin selalu...
Bahan2nya ( 2-3 orang ) Tp saya makan berenam pun cukup (4 budak2)
• 1 kilo tulang *- cuci bersih
• 3 helai daun pandan*
• 1 btg serai*
• 4 ulas bwg putih* -diketuk
• 1 ibu jari halia* -diketuk
- (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
• 2 sb ketumbar biji*(saya guna ketumbar serbuk je)
• 1 sb jintan kasar*
• 3/4 sb jintan halus*
• 1/2 sb lada hitam/putih*
- (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
• 10-15 tangkai cili kering
• 10 ulas bwg merah
• 5 ulas bwh putih
• 1 botol tomato sos (saya guna 3 sudu sos tomato & 3 sudu pes tomato)
• 2 sb kicap manis
• kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka (saya guna batang celeri kerana tiada kubis)
• 1-2 biji bwg besar - dibelah
• cili hijau - dipotong
• 2 biji telur - di kocok
• Daun sup/daun bawang atau daun ketumbar
• 1/2 cwn bawang goreng
• 1/2 cwn kacang peas -utk tabur
Cara2nya :
1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
2. Cili kering, bwg merah, bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sup,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ada dijual.
Ini dia hasilnya.....Pekat, likat lagi sedap.... 2. Cili kering, bwg merah, bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sup,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ada dijual.
Pandangan dekat sikit....Tu dia ekor lembu.....Nyum
Wahh Zarisma..... sedapnyaa... I nak cuba la nanti.
ReplyDeleteYa...Cuba2..Tukar2 selera..Dah balik M'sia dah ke?
ReplyDeletedah balik dah kita... awak bila nak balik? hehe..
ReplyDeletesalam ziarah..dan kenal dari akak..
ReplyDeletedisini susah betul nak beli ekor lembu..nak buat sup..tapi..kalau nak beli sup ekor yang dah siap masak direstoren..senang pulak tu..
teringin akak nak cuba buat sup ekor sendiri..
MM, saya lambat lagi, insyaallah bulan sept tahun depan...
ReplyDeleteKak Erna: salam kembali...Ya. Tp kat sini murah & byk mungkin org2 sini tak berapa suka kut..