Friday 8 October 2010

Kek Oren

Salam...Esok 09102010 (Sabtu), cadang nak buat kek oren. Saja teringin nak makan. Jadi hari ni mula mencari resepi kek oren yang sesuai utk dicuba. Haa..ni dia dah jumpa....Hari ni cari bahan2 ...Insyaallah esok boleh le makan.....Moga menjadi...

Resepi asal dari sini. Disalin kembali utk mudah rujuk..TQ

Bahan-bahan :

-1 1/2 cwn butter
-1 1/2 cwn gula castor
-5 biji telur gred A
-1 1/2 cawan tepung naik sendiri
-1 cawan tepung kastad
-1/2 cawan tepung gandum
-1 1/2 sdk esen vanila
1/2 sdk soda bikarbonat
1/2 cawan jus oren sunkist (1 bj)
1 1/2 sb kulit limau sunkist yg diparut
1 sdk baking powder
2 sb susu pekat

Cara-caranya :

1.Pukul gula dan butter sampai kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
2.Masukkan pula esen vanila, susu pekat, jus oren dan kulit limau parut. Kacau sebati.
3.Akhir sekali masukkan semua jenis tepung yg telah diayak dgn soda dan baking powder.
4.Tuang ke dalam loyang dan bakar suhu 185'c selama 50 minit atau sehingga masak. Gunalah lidi untuk menguji dah masak ke belum.


Ini haah...Dapat gak sebiji besar kek oren...Masak terlebih sikit..


Bawa bekal semasa pergi berkelah kat Herrenhausen Garten (tempat favourite kami)..
Gebu & sedap....Boleh wat lagi nanti...


Salam,
...21102010

No comments:

Post a Comment