Salam di pagi Ahad...
Hari Jumaat baru2 ni (1.10.2010), cadang nak masakkan biskut utk Kak Long sempena Autumn Fest kat sekolahnya...Cari2 buku resepi hilang....Buku resepi kecik je..Amik buku exercise anak2..Waktu kelamkabut nak letak tempat kat tempat asalnya yang agak tinggi, letak sementara kat beg utk kertas recycle.....Abang pula yg berkemas sampah kertas utk recycle, maka terbuang le sekali buku resepi...Salah sendiri apa nak dikata....Diam je lah...
So pengajarannya, hari ni teman nak bukak blog baru teman....Blog masak2 yang bernama 'JOM MASAK'....Candangannya nak letak resepi2 yang dah dimasak & menyimpan resepi2 yang teman ada teringin2 nak masak dan juga link2 resepi utk rujukan bila2 masa....Harap2 tak hilang le sudah....
Jadi pada hari ini, 3 Oktober 2010 secara rasmi muncul le blog saya yang ke2 iaitu JOM MASAK...Diharapkan dpt mengumpul resepi di sini utk pedoman sendiri. Walau bagaimanapun ini masih blog sorok2 belum lagi diwartakan. Insyaallah pada 21.10.2010 nanti iaitu harijadi Asilah akan dikongsikan umum.
Itu sahaja utk post yang pertama ni...Nak kemas rumah & basuh2 dulu...Insyaallah petang & malam ni akan meneruskan projek ini...
Salam dari teman,
Hasmah Haris,
3.10.2010
Hannover, Germany....
No comments:
Post a Comment